Puan Azizah merupakan seorang ibu yang penyayang dan isteri yang ceria. Sejak berkahwin beberapa puluh tahun lalu, dia kini mempunyai 6 anak, 5 menantu dan 9 orang cucu.
Malang tidak berbau, keceriaan Puan Azizah terganggu apabila baru-baru ini, dia dimasukkan ke hospital kerana diserang penyakit malaria. Kerana keadaannya yang tidak serius, Puan Azizah duduk di hospital tanpa berteman. Suami dan anak-anak lepak di rumah sahaja dan cuma datang ke hospital ketika waktu melawat.
Suatu malam yang sepi, ketika keluarga encik hambali sedang menontotni filem brushli, "dring dring dring". telefon berbunyi.
Keluarga Encik Hambali mendapat call dari hospital yang berbunyi..
"Sy dr hospital lipis..boleh cakap dengan ayah?"
"Ayah dah tidur, kenape?"
"Selain malaria ni, mak ada penyakit lain tak?"
"Takde..lelah je ade pun.."
"Ni bukan lelah ni..ini sakit lain..bukan sakit hospital.."
"..."
"Bawak la sape2 yang boleh mengubat tradisional..mak ni dah lain ni.."
Encik Hambali, Abang Fadzli, Fikri dan Pakteh Yakke (bomoh kampung) terus merulurulu pergi ke hospital kuala lipis..jam ketika itu pukul 11.30 malam.
Isteri Encik Hambali, Puan Azizah meracau teruk. Dia cakap pasal hantu, bercakap pasal syaitan, cakap dia nak mati.. pakteh yakke menjampi dengan khusyuk sehingga menjadi ok..kata Pakteh Yakke.."hantu nyer lalu aje.."
Namun, highland tower tak terus kukuh, runtuh juga dimamah tanah runtuh..Puan Azizah tidak boleh tidur malam tu..dia terus menerus diganggu lembaga hitam..non-stop. Pakteh Yakke silap. facepalm muka pakteh yakke 3 kali.
Puan Azizah terus menerus diganggu..beliau putus asa. Beliau kemudiannya sudah bertukar terus..kuku tidak berhenti mengerik2 tilam macam poltergeist, karakternya bertukar-tukar banyak kali seperti emily rose dirasuk hitler, cain, nero, judas, legion, belial dan lucifer..beza nyer cuma takde pusing kepala 360 degree. Cuma 45 degree. Kau pun boleh buat. Tak seram.
Tanpa dibantu serius oleh perubatan sains atau Islam, Puan Azizah semakin power. Lagaknya seperti raksasa baltan dalam cerita dragon ball..malam kedua, dia menjadi aggressive. dia cuba menggigit orang..3 kali percubaan, abang fadzli, saidi (menantu) dan fikri berlawan ngan dia, namun mujurlah ketiga-tiga percubaan itu gagal dan tidak ada try lagi..
Ini summary karakter yang ditampilkan semasa beliau dalam keadaan tidak sedar.
1. Boleh cakap dengan elok. Boleh dipujuk. Main character. Dengar kata. Kadang2 jadi kuat meludah, tangan pusing2 kat dada dan kuat menggaru hidung ngan kening. Kuat minum air.
2. Identiti tak dikenali, suara lebih garau, kuat membebel, mengumpat dan buat lawak.
3. Suka tanya soalan. Dia sangat suka apabila encik hambali ada dengannya..senang kata, gatal..suka mengorat ustaz dan claim janda. Paling annoying.
3. Suka tanya soalan. Dia sangat suka apabila encik hambali ada dengannya..senang kata, gatal..suka mengorat ustaz dan claim janda. Paling annoying.
4. Tak macam orang. Bila lost control, kepala Puan Azizah jadi senget2, mulut ternganga, menjerit2..
Keadaan Puan Azizah semakin kritikal. Beliau kini terus berubah. Anak-anak Puan Azizah semakin bimbang atas apa yang berlaku ke atas ibu mereka. Namun sesuatu yang pelik telah berlaku kepada Encik Hambali. Sejurus isterinya menjadi sedemikian, beliau semakin jarang kelihatan. Kadang-kala tidak datang terus ke hospital.
Flashback
40 tahun lalu, Encik Hambali menubuhkan suatu kumpulan rahsia yang mana terdiri dari empat orang saintis terbijak pandai dari Malaysia. Selain mencipta robot cicak memanjat dinding, beras berperisa kari berprotein, komputer tanpa disket dan getah Durex, mereka mempunyai cita-cita yang jahat dan demonic iaitu mencipta zombi.
Dari kiri: berdiri; Addison, Winfred, Hambali.
Dari mana-mana pun tak kesah: duduk; Grayton.
Pada Mac 1984, mereka telah berjaya menyuntik seekor kucing dengan protein zombi lalu kucing itu menjadi zombi.
Belum sempat mereka apply ke atas manusia, kejayaan mereka telah diberkas pihak berkuasa. Kucing zombi diberi nama Combi yang hebat itu telah dilupuskan. Makmal mereka di-bom dan di buang sisa-sisanya entah kemana. Addison, Winfren dan Grayton juga telah ditangkap dan telah dihukum bunuh kerana mampu mendatangkan bahaya yang sangat bahaya kepada seluruh manusia. Atas kecekapan sendiri sahaja, Hambali telah berjaya meloloskan diri dan mengelakkan dari dijejaki sehingga ke hari ini.
Siapa sangka, walaupun telah 40 tahun berlalu, Hambali masih menyimpan cita-cita kejamnya itu. Rumahnya dijadikan makmal rahsia. Puan Azizah dan anak-anaknya sendiri pun tidak tau.
Encik Hambali di makmal rahsianya.
Encik Hambali tidak tahu nak bagi jus zombi kepada siapa.
Easy target, Encik Hambali telah memberikan jus zombi kepada isterinya sendiri. Virus malaria yang Hospital Kuala Lipis detect itu cumalah selimut di sebalik debu. Virus zombi sebenar sedang merebak dalam badan Puan Azizah.
Suatu hari ketika Fikri sedang melawat ibunya, dia ingin bergambar sengaja-sengaja. Namun lain jadinya apabila..
"Ngaaaa...
...aaaappp!!"
...
Virus itu mula merebak..selaku zombi kedua, Fikri mula menyerang manusia lain. kurang dari 40 minit, seluruh hospital telah dijangkiti virus zombi. Memang laju, jangan pertikaikan.
..
sejam kemudian..
...
zombi pertama berjaya keluar dari kawasan hospital..
diikuti rakan-rakannya yang lain..
terus menyerang bandar Kuala Lipis..
sekarang..
barangkali..
zombi-zombi ni dah berada di luar rumah korang..
hati-hati ye..
ps: agak2 mak aku boleh dapat kerja belakon tak? power kan?! hahha!