Sunday, July 17, 2011

Piranhaha 3: The Descendant (Meri)

23 tahun 7 hari yang lalu, seekor piranha berkaki ayam telah dicampurkan genetiknya dengan seorang professor dan makhluk itu dinamakan Aurab.
Link Piranhaha 1.
Aurab membesar dan menetap di sebuah gua sebelum menyerang sekumpulan pelajar yang sedang membuat kajian nuklear di situ. Sebelum Aurab dibunuh, ia sempat merogol seorang gadis subur bernama Saira menyebabkan Saira mengandungkan anak aurab.
Link Piranhaha Sequal: The Aurab.
Anak aurab lahir normal tanpa sakit kuning, 2.73kg dan dinamakan Meri...

...

Present day: Pulau Dogey. 328 batu nautika barat laut Labuan.

Suatu senja, seorang nelayan yang bernama Billy Hoss dan isteri, Ethel sedang bergurau di dapur sambil memotong bawang..lalalala..

tiba-tiba..

"ARRRRRRRGGGGGGGGHHHHHHHIIIIIIUUUUUUUUU!!"

mereka terdengar bunyi jeritan luar biasa dari arah bilik air di luar rumah!

Mereka pergi ke luar untuk menyiasat di mana mereka mendapati anak mereka mati tersadai di dinding kolah dengan luka yang banyak. Sungguh ngeri!

Billy dan Ethel lari cuak berpeluh2 kembali ke dalam rumah. ketika sedang berpulun2 lari, mereka melihat suatu makhluk misteri sedang berdiri tenang di belakang rumah mereka.


Makhluk itu kemudiannya lari masuk ke dalam hutan gelap, meninggalkan hanya tapak kaki yang besar sebagai bukti kewujudannya.

...

berita serangan makhluk itu telah dihebahkan di media2 Malaysia.


Namun begitu, berita tersebut tidak mendapat sebarang sambutan kerana banyak spekulasi mengatakan ia hanyalah binatang buas seperti harimau atau beruang..

...

Dua penyiasat kejadian mutasi piranha dan aurab, Encik Rumi dan Kumik tidak mengambil remeh berita misteri tersebut lalu mereka telah datang ke Pulau Dogey.


Modus operandi aurab (gigit tengkuk) dan kes-kes terbaru ini (gigit mana-mana dia suka) adalah berbeza. Walaupun laporan-laporan mangsa yang melihat makhluk itu adalah lebih kurang sama sahaja dengan description aurab, mereka masih lagi dalam ketidakpastian.

Untuk mengelakkan kekeliruan berterusan, satu experimen telah dijalankan untuk mengenalpasti makhluk itu. Encik Rumi telah mengupah 3 orang remaja jahat untuk memerangkap member yang paling dibenci untuk menjadi umpan.


Maka Sulaiman pun di ambil sebagai umpan..dia telah diarahkan oleh kawan-kawan yang jahat untuk lepak sambil hisap rokok di tepi hutan berhampiran kawasan Meri selalu dilihat..


5 minit menunggu, Meri datang menyerang dan memakan remaja malang itu.

ketika itulah Encik Rumi mengambil gambar Meri.


Sungguh bijak experiment itu. kini mereka tahu, mereka memang berdepan dengan anak Aurab iaitu Meri.

...

Flashback:

Sejak lahir lagi, Meri telah menerima genetik bapanya dan dilahirkan dengan warna biru.


Sejak lahirnya Meri, Saira mula diejek sebagai ibu kepada cookie monster. Bimbang akan keselamatan Meri apabila besar nanti, Saira telah mengambil tindakan untuk membuang Meri ke dalam laut..


Meri hanyut..


...

Atas kejayaan Encik Rumi dan 3 konco-konconya mengambil gambar Meri tempoh hari, ternyata tekaan mereke amat benar. Untuk memastikan keselamatan penduduk pulau, mereke telah mengerah penduduk-penduduk untuk keluar dr pulau itu.


Ketua kampung, Tuan Kuthir telah mendapat tahu tentang evacuation pulaunya.

Atas sebab merasakan kuasa ketua kampungnya diabaikan, dia tidak bersetuju dgn arahan Rumi dan Kumik.

"TAKBOLEEHH!!"

Dia mula menghasut penduduk pulau itu untuk mengabaikan Rumi dan Kumik. Kata Tuan Kuthir, mereka cuba untuk mengambil alih pulau ini dari penduduk pulau tersebut. Kita semua pemburu, bersenapang dan boleh melawan makhluk itu sendiri tanpa bantuan luar. Penduduk kampung bersetuju dengan Tuan Kuthir.


Kebodohan penduduk kawasan itu terserlah apabila Meri terus membunuh satu per satu.


Kadang2 dua orang mati terus pada satu hari.



Kadang2 ada tiga juga mati sama-sama.


Setiap kali selepas membunuh, Meri terus lari kembali ke dalam hutan..

Encik Rumi dan Kumik merasakan mereka kini perlu bergabung dengan orang tempatan untuk mengalahkan Meri. Jika tidak, sia-sia sahaja kedatangan mereka.

"kita kena serang sarang dia sebelum dia serang kita lagi!"

Penduduk kampung bersetuju..

Senjata dan peluru dikumpulkan..

Encik Rumi telah menyuruh Kumik untuk stay dan mempertahankan kaum isteri jika ada sesuatu yang berlaku. Para isteri sangat gembira. Tibe.


Mereka yang terdiri dari orang2 dewasa masuk ke dalam hutan untuk memerangi makhluk itu.

"Tet tenenen nen.."

"Tet tenenen nen.."

"Tet tenenen nen.."

"Tet tenenen nen.."
...

Satu pertempuran yang hebat bakal terjadi di dalam hutan tersebut. Mereka telah mengepung dari setiap penjuru hutan. Meri tidak akan terlepas. Semua ini dilakukan untuk kesejahteraan dan keamanan kampung..demi isteri tercinta dan anak tersayang.

...

...
...

Namun apabila tiba di tengah hutan, mereka gagal menemui Meri.

Tiada kelibat atau jejak ditemui.

Ketika itulah baru Encik Rumi tersedar.


Dia adalah bodoh.

Meri yang berasal dari Aurab adalah mutasi ikan piranha yang mampu hidup dalam air.


Tidak dapat menyalahkan sesiapa, mereka bergegas kembali ke pantai dekat rumah masing-masing.

Namum apa yang mereka temui adelah kematian para isteri yang ditinggalkan.


"Selama ini, selepas membunuh, Meri lari kedalam hutan. Sebenarnya itu hanya sebagai muslihat supaya lelaki dewasa masuk ke dalam hutan untuk memburunya. Target utama Meri adalah penduduk perempuan di situ. Keberangkatan mereka yang "ten nenenen nen" tadi tu adalah masa yang paling sesuai."

tapi dimana Kumik?!

alangkah sedihnya Encik Rumi apabila menemui Kumik mati dalam keadaan yang dasyat dalam mempertahankan gadis-gadis tadi..



Kucing yang ada berdekatan juga turut sedih..(random gile)


Ketika sedang bersedih, Encik Rumi kemudian mendengar bunyi suara dari arah laut.


Dia mendapati Meri sedang memerhatinya dari tengah pantai..

tetapi kali ini, Meri tidak berseorangan.

Mungkinkan Meri sedang mentertawakannya..berterima kasih kerana membawa lelaki2 dewasa bersenjata jauh dari kaum wanita..

Encik Rumi kaku.
Tidak terlindas di fikirannya mutasi tersebut mampu membiak dengan mudah.
Membiak melalui wanita yang dibunuh.
Dan dia tahu, biarpun Meri telah selesai di sini..

Meri dan anak-anaknya mungkin kembali…








di







tempat











engkau.




"aarrrr!"
...




-Special thanks: KKRUTP + KSK (Gathering) @ Segadas, Pangkor-