Thursday, December 23, 2010

PREDATOR (Parody)

amaran: cerite ni panjang macam muvie sebenar..pegi beli popkon dan air coke sekarang..dan sila tetapkan telefonbimbit dalam keadaan silence mode..serius panjang.

dari label tersohor di melesia..


Dr. Ayien Rozmey

mempersembahkan..



...
..
.

Fiuuuuuuu..*bunyi jatuh*



Selepas mendarat dengan selamat..royce bertemu beberapa orang lain yang telah tiba di sebuah hutan yang asing dengan cara yang sama.

1. royce: askar simpanan yang tak pernah digunakan tapi sebenar nyer hebat sangat..

2. Cuchillo: Cartel Enforcer punye orang..
taktau cartel la ni ape..macam name makanan pun ade jugak?


3. Mombasa: ahli squad pembunuh dari sierra leone..


4. Nikolai: tentera spetnaz..

5. Stans: penjenayah paling diingini polis..


6. Hanzo: yakuza..


7. edwin: doktor dari merlimau..

dan 8. Cikgu shida: seorang guru dari parit yang suke rakam diri dalam bilik pastu post kat youtube..


-8 manusia-

mereka semua didapati adelah manusia yang membahayakan negara..

...

Dalam ramai2 ni, tidak ada sorang pun yang tahu di mana mereka..
Sedang berjalan2 di hutan itu, mereka menemui kandang kosong.



mereka semua takut sebab makhluk yang pernah ada dalam kandang tu mesti raksase!

Kerana cuak pada raksasa, mereka blah menjauhi tempat itu..
Sesampainya di tempat yang lebih tinggi, mereka mendapati diri mereka menatap langit yang asing dipenuhi planet-planet yang bersepah..masing2 menyimpulkan bahawa mereka tidak lagi di Bumi.



Sedang merayau2 di dalam hutan, mereka telah diserang oleh binatang berkaki satu macam kucing magical yang pandai main tengteng. sungguh menyeramkan!


cuchillo dengan berani menyerang dan mengurut kaki kucing-kucing itu menyebabkan kucing-kucing itu tudak dapat lari lagi..


selepas serangan itu, royce menyimpulkan bahawa planet ini adalah tempat game buru2 dan mereka sebenarnya sedang diburu. bagu royce, kucing2 kaki satu tadi hanyalah ibarat anjing yang mengejar beruang..

...

sedang bincang2, tiba2, cuchillo telah hilang. Mereka mencari cuchillo di dalah hutan itu..
tidak lama kemudian, mereka mendengar si Cuchillo menyanyi. “senang hatiku badan bertuah..dapat naik basikal tua” berulang2 kali.


Shida ingin menyelamatkan cuchillo tapi dihalang oleh Royce..oh rupa2nya cuchillo telah dibunuh!! itu hanyalah mayat cuchillo yang digunakan sebagai perangkap dan suara itu datang dari kaset yang direkod khas oleh predator dari lagu basikal tua nyanyian alllahyarham sudirman. Bosan dengan nyanyian yang sumbang oleh kaset itu, mereka melepaskan geram ke atas mayat cuchillo dengan menembaknya sampai mati kali kedua.




-manusia 7-

perjalanan mereka membawa mereka ke arah satu campsite..

Mereka jumpa satu predator betina yang diikat.

setelah meneliti, cikgu shida mendapati makhluk yang diikat ini bukan tawanan pun..
tetapi predator ni sebenarnya fetish..
belum sempat cikgu shida suruh orang ramai lari, tiga predator jantan fetish yang besar menyerang.


salah satu dari predator itu telah menikam mombasa dari belakang..

mombasa mati serta merta tanpa apa-apa kata-kata akhir pun..

-manusia 6, predator 4-

yang lain terus melarikan diri mengelak tembakan laser dari predator2 yang lagi dua tu..


Mereka terus lari lalu terjatuh dalam sungai yang cantik.



semasa mengeringkan badan, cikgu shida mendedahkan bahawa dia telah mengetahui tentang makhluk-makhluk predator ini semasa berada di upsi lagi..kerana itulah dia tahu bahawa makhluk2 ini fetish dan merbahaya..


esoknya, kumpulan ini bertemu noland yang sedang mengutip buah naga hutan dalam keadaan lutsinar.


8. Noland: survivor kepada game buru-buru sebelum ini..dia jadi lutsinar kerana berjaya curi alat predator..dia telah bertahan di planet ini selama bertahun-tahun dan bersembunyi di struktur yang ditinggalkan. noland menamakan planet itu planet kociyaya..sumpah buruk name tu..



-manusia 7, predator 4-

kehadiran noland telah membuka mata mereka..dia menjelaskan bahawa pihak predator mempertajam kemahiran mereka membunuh dengan mengumpulkan askar dan binatang berbahaya dari dunia lain dan membawa mereka ke planet kociyaya untuk memburu.

Royce berharap bahawa jika mereka pergi semula ke kem yang ada betina tadi, mungkin mereka boleh curi jam tangannya boleh membawa mereka pulang dengan menggunakan pesawat angkasa raksasa lain.

Pada satu masa lain, noland pergi buang air tepi rumah sambil menghisap rokok..disebabkan rokok itu adalah buatan sendiri yang diperbuat dari bulu jembutnya sendiri, ia telah menghangitkan seluruh rumah.


Royce yang panik dengan bau itu telah menjerit dengan kuat sangat!!

"APIII!!! APIII!!!! IYAAAAAARRRGGHHH!! "

Predator2 jantan terdengar..

mereka telah menyerang rumah noland dengan serta merta!

noland yang belum sempat cebok punggung telah diserang!! ON NO!!



predator itu mencekik noland sehingga terjelir lidah noland!!

noland pun mati dalam keadaan yang memalukan..

-manusia 6, predator 4-

Dalam aksi kejar-mengejar berikutnya, Nikolai yang dah taknak berlakon lagi telah mengorbankan diri untuk membunuh salah satu Predator, dengan menggunakan bahan letupan.


BOOOOOOMMMM!!!


mati kedua2nya..

-manusia 5, predator 3-

tak lame pastu stans kene bunuh dengan predator lagi satuu..

kita kasi sabit itu kepalaaaa!!

wachaaaaa!!


hamek kauu!!

mati lagi satuu..

-manusia 4, predator 3-

pastu larilarilari, hanzo pancit.. die keluar pedang pastu lawan ngan predator yang bunuh stans tadi..bajet power ar samurai la konon..


CIAAAKKKKKK!!



OH NOOOO!!

due2 pun mati..

-manusia 3, predator 2-

tinggal tiga orang lagi..royce, cikgu shida dan edwin..
mereka menuju ke arah khemah predator betina untuk curi jam tangan tu..


masa lari2, kaki edwin telah terkena perangkap..


Royce menyampah sebab lambat lalu meninggalkan mereka berdua di belakang, dan mereka tertangkap oleh predator jantan yang last..


dalam pada masa yang sama, royce telah tiba di tapak perkhemahan predator2 itu..
dia pun mencuri jam tangan predator betina yang masih belum bangun dari tidur..mungkin tidur mati sebab penat malam tadi..

to buy him some time, dia menyelak baju predator betina supaya predator jantan amek masa mengawan.


Predator jantan sampai dan mendapati predator betina dalam keadaan seksi. Mereka lost.

rancangan royce berjayaa!!


Royce tidak tahu guna jam tangan magical itu. bahasa predator pelik..



Dia tekan satu butang merah..

dan POOOOOMMMM!!
pesawat itu meletup.

Bodoh betul Royce.

Predator2 yang sedang mengawan melihat letupan itu dan mereka sangat sedih kerana hilang kapal angkasa. mereka tidak boleh pulang lagi.


Royce kembali ke kem dan pergi menyelamatkan cikgu shida bersama2 edwin. Royce cakap kat diorang bahawa dia telah tidak sengaja meletupkan kapal angkasa. Edwin dan shida geram dan cuba membunuh Royce kerana kebodohannya.



gaduh punye gaduh, royce tensyen dengan edwin lalu mengarate kaki edwin yang kena perangkap tadi..


kaki Edwin patah dua.



Selepas memukul Edwin sampai lemah, Royce menunjukkan jam milik predator betina kepada cikgu shida dan memarahinya..
“APSAL KAU SENGAL SANGAT PUKUL AKU JUGAK?!! KO NAMPAK TAK NI?!! KO BOLEH BACE?? TAKDE TULIS MELETUP PUN KAT SINI!!!”

Shida rasa bersalah.
Kemudian dia pergi pasangkan bom kat badan Edwin untuk menebus kesilapannya tadi.

tubuh edwin dijadikan umpan untuk membunuh para predator yang due tu..

mereka letak edwin yang sakit dekat2 dengan predator tu..
predator betina datang..dia terbalikkan edwin lalu


BOOOOOOOMMMMMM lagiiiii!!


oleh itu, predator betina pun mati..

-manusia 2, predator 1-

...

Selepas itu, untuk menyerang seekor lagi predator terakhir, royce menggunakan api untuk menyembunyikan tanda panas. dia bakar hutan tu..

Royce memukul2 predator jantan banyak kali..

perut..


bantai kepale kapowww!!

akhirnya royce penat..time tu mata predator dah rosak sikit..

ketika penat itu, royce bersembunyi di balik pohon untuk berehat.


sebab mode panas dah rosak,
predator tukar-tukar mode melihat dari bermacam-macam cara untuk mendetect royce..

hah kantoi jantung daaahhh!!

Dengan segera, predator menendang royce lajulaju ke dalam api.


royce terbakar begitu sahaja..



sebelum mati, royce yang sudah hangit mintak maap kepada predator kerana bertindak terburu-buru..hakikatnya, predator itu telah pun insaf dan ingin berbaik-baik..
"dator, tolong tengok tengokkan cikgu shida ye? kau jangan makan dia okeh?"
predator jantan hanya mengiyakan kata2 royce..


-manusia 1, predator 1-

Predator datang kepada shida lalu menceritakan kisah sebenar..

“selepas melihat kapal angkasa saya meletup, saya dan alice (nama predator betina) nekad ingin memulakan hidup baru disini..namun sedihnya, ketika alice menemui rakan kamu yang kesakitan (edwin), dia meletup sama..
niat sebenar kami adalah untuk membantunya..dan..maafkan saya atas kematian royce juga..”


Shida hanya mengangguk dan mendiamkan diri..seandainya predator jantan itu tahu bahawa letupan bom dari badan edwin tadi adalah ideanya, mesti dia kena bunuh..

Berkat kepercayaan sesama sendiri (dan ketiadaan makhluk lain). shida dan predator jantan berkahwin, memulakan hidup baru dan dikurniakan 3 orang cahaya mata yang dinamakan Richard dan Geruromunthi. Happy ending.

-manusia 1, predator 1, humandator 2-


kredit..

executive producer: alan rozmey young

director of photography: madnor rozmey padds

production designer: matyo rozmey eddleblute

film editor: yoyo rozmey zimmerman



special thanks:

kelab kembara dan rekreasi utp: transgopeng: (fu)
gen, miji, lop, azman, hakim, bull, imtiaz, bedul, hisham, ayie, rasta, bata, tun, wan, safwan, catok..