Tuesday, February 16, 2010

Lahh!! reput ke kuat sangat?!!

BACE DULU!! INI SIASATAN HEBAT!!

Based on true story.


Kisah ini berkaitan dengan orang hidup yang belum mati.


HANYA BACA apabila nenek/atuk anda TIDAK ADA berdekatan.


Pembaca diharap membaca cerita ini dengan seriyus.


3.02 am: PRRRAAAAAKKKKK!!!


3.14 am: kelihatan saidi *bukan nama sebenar* keluar dari bilik tercungap2..saidi membuka pintu rumah perlahan2 dan hilang dalam kepekatan malam. Eh tidak3. malam tidak pekat. Ada lampu jalan..nampak saidi tertunduk2 tertonggeng2 melakukan sesuatu di luar kebiasaan di dalam gelap..


fuzanah *bukan name sebenar jugak* sedang menunggu dalam bilik. Dia sedang terkejut, tercungap2, panik!! Menunggu dengar resah..kepalanya ditundukkan sedikit mendengar persekitaran, bimbang jika ada orang datang..jantungnya berdebar kencang..


3.20 am: saidi terjengket2 masuk..kakinya senyap bagai dipasang silencer..air mukanya dilihat cukup risau..peluh2 jantan mengalir kesana sini..merecik seperti peluh spanjbob..beberapa ketul batu bata tergenggam rapi pada tangannya..


“abang! Dah la tu!!”


“belum cukup lagi ni!! Teruk dah ni!!”


Dua orang yang dinamakan dengan bukan nama sebenar yang baru dimentionkan sebentar tadi berbisik2 sesama sendiri. Kalut sungguh mereka..apakah salah yang telah mereka lakukan?!


3. 25 am: saidi keluar lagi dengan hati2, tanpa selipar, terus tunduk, masih tercari2..


3.27 am: saidi tutup pintu perlahan-lahan. Terus meluru ke dalam biliknya. Batu bata yang baru dikutip sedang fuzanah susun dengan perlahan..empat..yaa..empat ketul untuk satu side..


"abang! abang angkat, saya tolak!"















keesokan harinya..


biasa2 sahaja..indah..pagi yang ceria..adik lelaki fuzanah pagi-pagi lagi telah keluar rumah untuk buat tai chi..belum sempat dia membuka kekuda, sesuatu yang aneh menggamit pandangannya..


"fulamak weh!! mane pegi batu bate banyak banyak kat luar nih?!!"


tinggal satu?!..pada pandangan mamat tu, ini sememang nyer pelik..mungkinkah batu2 tu sume telah diabduct oleh alien pade waktu malam ketika mereka nyenyak tidur?


waktu petang ketika tiada orang di rumah..suatu siasatan SiEsAi telah dijalankan..


tanah kuning dari tapak kaki seseorang yang


tidak berselipar.


jalan perlahan.


sedikit bongkok- mungkin bawak benda berat..


benda berat = batu-bata.



hmm3..


jejak itu terus diikut..membawa sang penyiasat ke arah sebuah bilik..


bilik pengantin?


batu?..bawak masuk bilik?


sambit terkerut2 macam sembelit, mudah sekali nyer penyiasat yang hebat ni tau lah ape yang berlaku..dengan sambil lewa dan penuh kesinambungan, *taktau ape maksud* dia tunduk dan mendapati..


empat ketul batu sama saiz petak-petak telah jadi penampung katil..tapi ni cuma empat..mana lagi lima?!! sepatut nyer ade 10!! satu kat luar..sembilah mestilah kat da? lam!!


dengan tidak ragu2 lagi, dia *penyiasat yang hebat* telah menyelak tilam itu!!



tenenet tenet!!



1. empat kat depan..



2. empat kat belakang..



3. satu spare takut patah lagi?




7.20 pm: dua orang tertuduh, saidi dan fuzanah *bukan gambar sebenar* telah tertangkap kerana mematahkan katil pada malam pertama..




gudjob!!


berikan tepukan gemuruh pada mempelai yang ganas!! ops!


haahahaha..kantoi sudah!!


..