Monday, April 29, 2013

Suatu Hari di KL Sentral


Itu hari aku pergi kl sentral..aku pergi kaunter putra mau angkat itu tokan..

“dua linggit..mau balik lumah..” 

satu acik cainis tua, bersaiz mini mintak duit kat orang sebelah aku..mamat tu tak layan..

Aku nak bubuh je duit dlm mesin tu..nyonya tu sampai..”dua linggit..mau balik lumah..” muke sedih gile babi mata berair macam puss in the boots, sumpah..aku touching jap..dalam hati cakap “kalau aku tak tolong, org tua ni takleh balik rumah, lepas tu dia mati kesejukan. Fak.” aku pun terus jadi sopan santun..”

mau balik mana?”

..dia jawab..”balakong..”

Jauh gak tu untuk seorang acik cainis tersasar balakong-kl sentral. Dahi aku kerut tak percaye dah..

”Balakong mane ade sini..” muke die cuak2 terus reply..”sana luar naik bas..” hmm aku dah tak caye dah..tapi sebab aku kaye (tibah), aku hulur jugak rm2..” balik tau nyonya..jangan merayau sini..nanti kena culik, kena rogol..bahaya.”

“thank you aa..” terus blah..aku tak chow terus, aku gi follow dia..lepak jap blakang sebuah stall..

5 minit pastu. Jeng jeng, dia patah balik, gi kat sorang makwe..

”dua linggit mau balik lumah.”

Babi.


...
gambar hiasan: ayah aku

Thursday, January 31, 2013

Menanam Tahi di Pinggir Pinggul


Maaf lah tajuk dia memang mengelirukan sikit. Kebelakangan duduk di kampung ini, aku mendapati ayah semakin nakal. Dia paku laptop aku ke dinding, dia lastik ayam jiran, dia tweetjack twitter aku, macam-macam lagi lah benda di luar kawalan berlaku. kita put aside lah dulu masalah ayah yang nakal ni.

Seronok-seronok duduk kampung, aku pun bercucuk lah tanam.  Tunggul lama aku cantikkan, bubuh aloevera kat keliling dia. ni apa khasiat banyak kena tengok agro tv aku taktau.
    

amek pokok langsuir bubuh atas tu..ini pasti tiada khasiat la.


tabur pasir nak bagi cantik..panas la sikit kalau pokok tak tahan dia mati.. 


so cantik la tunggul bodoh itu.


tiba-tiba dan tak semena-mena, PAAAPPPPPP!! serumpun tahi tumbuh situ. aku panas la. aku letak pasir bukan nak bagi kau berak woi kucing!


teringatkan dendam aku pada ayah, aku rangkul semua tahi itu. 


ambil dan tayang kepada semua. this is fear factor malaysia. apa barang fear factor hisap kulit kerang, pegang tahi lebih rock dan mindfuck!


aku bawak masuk rumah, susun terus kat pinggir pinggul ayah aku. haahahaha inilah dia kisah menanam tahi di pinggir pinggul. 


kau tahu jelah betapa berangnya ayah aku lepas tu. dia terus azan on the spot. esoknya dia bawak aku ke indonesia untuk belajar agama. hahahahahaha
  
aku pastu 1,000% pembaca sedang mindfuck dan ketakutan sekarang. lebih-lebih lagi kalau tengah makan. ada rasa macam hati kecil gitu. hahahaha

hey, takde nyer aku nak main taik!

sediakan sedikit kotak, basahkan dan hancuri. masukkan ke dalam gayung. 


gomol cebisan kotak tersebut sehingga warnanya cantik dan rupawan. 

 

genggami dan perah kotak itu sehingga anda mendapat,

SERUMPUN TAHIIII!!


YANG SUCI DAN BOLEH DIBUAT RAKAAANNNNNN! 


HAHAHAHAHA HAA NAK BUAT LA TU.

Credit Nik Ahmad Aiman sebab share cara-cara buat tahi dari 9gag. kot. ntah aku lama tak bukak. hahahaha

Sunday, December 2, 2012

Separation, Parting, Farewell, Breakup..Goodbye. (Sebuah Monolog Bodoh)

Kisah ini mungkin kisah paling sedih dalam hidup aku..kisah tentang perpisahan, yang aku memang telah jangka. Tapi..aku tidak sangka ia akan memakan diriku..

Awal dahulu , sejak bulan february 2012, aku sengaja membiarkan ia membesar..terus tumbuh bagai tiada esok. kami bahagia. bila bersama, orang kata aku hensem. orang cakap aku fotogenic. member aku jeles. aku poyo gile. serius. hahaha.

Lapan bulan. lama ya. hidup kami indah bersama. tiada sesiapa yang ganggu. sehinggalah pada suatu hari, ketika itu kami di irc (library). seorang pakgad mendekatiku.."awak student?" aku senyum padanya. "ya." dia meminta kad matrikku. aku menghulurkan kad itu dengan tenang.

2 minit, pakgad itu tunduk sambil menulis sesuatu. hatiku tidak keruan lagi. jiwaku meronta-ronta. Lantas aku menjerit memanggilnya, "PAKCIKKK!! Jangannn!! Please please! Saya ada alasan!! Pakcikkkkkkkk!"

Dia kembali kepadaku.

"Saya akan saman awak, kalau awak tak report pada saya esok, dalam keadaan macam dalam matrik cards awak ini. Faham tak?"

Kami bertelagah lebih dari 10 minit. Dia ego. Dia taknak kalah. Dengan orang berkuasa ni kadang2 memang susah kita nak menang. Lantas aku membalas dengan berkata.."Pakcik, jangan saman saya membuta tuli. Bagi saya dua hari..saya datang dengan surat."

Pakgad tu membuat aku berjanji. janji yang belum pasti akan aku tunaikan.

Surat..aku kena buat surat. malam itu, aku mengarang sepucuk surat rasmi. bahasa melayuku bodoh sungguh. tapi, bodoh lagi bahasa inggerisku. aku tak peduli, asal isinya sampai, sudah. aku taknak berpisah. biarpun terlalu sibuk, aku buat juga surat itu.

Aku sms dr shark. doktoor, stamp sehelai kertas dengan cop u, and bila kita jumpa nanti, i nk kertas tu. Fucking need it.

Dr shark pass aku kertas tu. dia support aku. terima kasih, doc.

Aku nak buktikan yang aku tak bagi alasan bodoh. kadang-kadang aku menipu bila bagi alasan. tapi kali ni aku nak menang. rasa kasih aku padanya membuatkan aku rasa nak buat jahat, aku yakin aku boleh menang. aku nak malukan pakgad tu.  heheh.

Hari pertama, busy, full class 8am-3pm. Lupa terus nak stamp surat tu.  hari kedua. aku pegi  Student Support Services (JPSP) nak ambil stamp berkuasa dari JPSP.

Aku jumpa booosss paling besar. dia kenal aku. dia cakap "awak la yang suara kuat tu kan?" aku tau dia rujuk teater jebat 2 tahun lepas masa aku jadi jebat. rindu show tu.

hmm by the way, aku berjaya dapatkan stamp encik talhah. terima kasih encik.



hahaha..sehingga pementasan teater 30/11..sahaje? ok. ok..takpe.
aku kena berpisah dengan rambut aku sekarang..aku taktau macam mana nak berpisah. aku tak sanggup acik saloon tu potong dia. cincang dia. hancur..mati...decomposed jadi petroleum. (tibah).

jadi..sedikit sebanyak di sini gambar-gambar aku bersama rambut aku sepanjang lapan bulan bersama..

*audio: lagu perpisahan terasing*

perpisahan ituuu...

selalu terjadiii..

kepadaaa..insan yang tercintaa....

hmmm hmmm *kau sambung sendiri*


...


...


...


konfiden di mana-mana sahaja..



"You didnt have to cuuuttt me offff!"



errmm..k



First time dapat hidu rambut sendiri macam jeon ji hyun dalam sassy girl. 



"jika dengan mu salah, ku tak mahu yang benar!"


Isteri Teroris. Alasan nak simpan rambut panjang. 
LOL tak pakai rambut sebenar punnnn!! BER-HIJAB SAJE HOKHOKHOK



...

kawan, kau la. nanti..kalau jumpa aku rambut pendek, jangan benci aku tau. aku terpaksa merelakan perpisahan ini..goodbye rambut legend.

*lampu fade, audio fade.*


...

Monday, November 12, 2012

Membodoh Ketika Fieldwork (Bersama Bersatu Parody)

tengah acquire resistivity data kat sri iskandar..aku nyanyi. tiba-tiba farahin record..lepas tu lomu record. umm tiba-tiba lagi dah jadi videoclip.



Sunday, October 28, 2012

Analisa Kurban 2010

Disclaimer: Jangan ambil serius. Ambil bodoh.

“Binatang yang sah disembelih untuk dibuat korban adalah binatang ternakan beraki empat seperti unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri atau kibasy.”


Empat orang bodoh telah merancang sesuatu yang bodoh supaya dapat buat qurban sendiri.
Inilah yang terjadi apabila manusia  mentafsir hadis sesuka hati.  



 wtf..wtf wtf..


...


TADA!



Haiwan berkaki empat!
Baca dalam nada doraemon.



USTAZ JAHIL YANG DICURIGAI
Baca dalam nada doraemon.


Muda gila muka-muka si bodoh time ni. hahaha


"Lembu percik."
Baca dalam nada doraemon.


WTF man?
Baca dalam nada doraemon.


...

Sunday, October 21, 2012

Sup Budak














...






...


"Tolong la dia..tolong la dia.."

...

"Tolong la dia.."

...

"Tolong la diaaa.."

Sunday, October 14, 2012

Wictor dan Raksasanya yang Pandai Menulis Surat

Pada zaman dahulu, tinggallah seorang remaja bernama Wictor bersama ibunya di dalam sebuah istana.
Wictor adalah seorang remaja genius.


Pada suatu hari, ibu Wictor sedang bermenung di tepian tingkap sambil mengulum lollipop..


Malang tidak berbau..
tiba-tiba ibu Wictor tercekik lalu mati. 


Wictor sangat sedih dengan kematian yang tidak terduga itu. 

 Semenjak itu, Wictor menjadi psycho..

 

Dia obses dengan kematian dan mula mengkaji kematian dengan niat membawa sesuatu yang mati, kembali hidup!
 

 kerana kegeniusan yang tidak terperi, kajian Wictor berjaya! Seorang raksasa yang 

benar-benar..

...

...

benar-benar..

..
 

...

benar-benar..

...

...


...

sungguh comel tercipta!


Kerana bermain kuasa tuhan, Wictor telah mencipta keburukan yang sangat hebat. Dan kini, dia pasti akan menderita untuk itu!

Raksasa itu tidak berpuas hati dengan hidupnya dan telah merayau lalu menyerang William (jiran) yang sedang mengemop tembok.


William sangat terkejut melihat raksasa itu yang cuba menyerangnya.


 Tanpa berfikir, William terus memanjat tembok itu.


Lalu jatuh mati pecah kepala.


Raksasa Wictor kini berada di luar kawalan. Ini sememangnya diduga! Mendapat tahu raksasanya membunuh William, Wictor membuat satu lagi ciptaan! 

Ciptaannya yang dibuat untuk pergi membunuh raksasa pertama tadi! 
Wictor memang genius!



Namun setelah siap, dia merasakan sedikit kegagalan..
Berbanding raksasa pertama tadi, raksasa baru Wictor tidak aktif. 



Lagipun raksasa baru ini hanyalah 1/4 dari raksasa pertama. 


Wictor memutuskan untuk memusnahkan raksasa kedua yang dia telah buat itu. 






Habis. Sia-sia sahaja.

...
...

Lima tahun kemudian..

Wictor berkenalan dan bercinta dengan gadis yang paling cantik di dalam negeri itu..


Wictor akan bernikah dengan gadis itu pada bulan November nanti. 

Percintaan Wictor terganggu apabila pada suatu hari, Wictor mendapat sepucuk surat dengan tulisan tangan raksasa itu..



Raksasa itu tahu bahawa Wictor ingin berkahwin dan berjanji untuk membunuh Wictor pada malam pertama perkahwinan beliau.


Membaca surat itu, Wictor sangat runsing, takut dibunuh dalam keadaan bogel ketika bersenggama. 


Namun ada kerisauan yang lebih besar. Perkahwinannya akan gagal seandainya dia memberitahu bakal isterinya tentang perkara itu. Wictor mengambil keputusan untuk merahsiakannya. 


Wictor membakar surat itu begitu sahaja sehingga menjadi abu yang kemudiannya ditiup angin yang lalu..


...

...

November itu, keadaan yang paling suspen berlaku, rasaksa itu datang betul-betul!

Pak Henry, encik guard yang ditugaskan menjaga laluan masuk telah tertidur..


Raksasa itu membunuh encik guard tanpa sebarang titisan peluh.


Sungguh tragis. 

Tanpa sebarang halangan, raksasa itu melangkah masuk ke dalam istana..


Tap..

Tap..

Tap..

Ketika itu, Wictor sedang focus membakar lilin untuk malam romantik mereka.


Isteri  Wictor, Falizabeth yang ketika itu sedang haid (takde kaitan) telah terperanjat kerana bersemuka dengan raksasa yang entah dari mana datangnya itu!


Falizabeth dihenyak-henyak sehingga kecil. 


Wictor menemui mayat Falizabeth dalam keadaan yang sangat mengerikan. 


Geram, Wictor bersumpah! Bersumpah untuk membunuh raksasa durjana itu!


"Aku akan terus hidup dan tidak menjadi hero bodoh blog ini macam cerita lain! Aku mahu menghabiskan sisa hidup dengan tenannggg!"

*bunyi guruh*

Sepantas kilat, raksasa itu menyerang Wictor..
Wictor mengelak.


Wictor menyerang balas.
Raksasa tumbuk balik.


Mereka berlari-lari anak..


Raksasa tidak dapat kejar Wictor..
Wictor menganjing raksasa.


Tiba-tiba sahaja Wictor terbang menyerang raksasa itu!!


"Haaaiiiaaarrggghhhh!!"

Sipi, Wictor jatuh terduduk.
Kemaluannya ditendang rasaksa itu.

Kemaluannya terasa seperti direnjat elektrik. 


Raksasa itu terus menghenyak-henyak kemaluan Wictor sehingga menjadi debu.


Walaupun kebas, berbakikan tenaga yang sedikit, Wictor menikam raksasa itu.


Raksasa itu lenguh lalu mati.


Wictor menang.


...

Wictor kini tidak mempunyai apa-apa..

Hidupnya kosong..




...



...




Masa berlalu..

Kerana ketidakberfungsian alat kelamin, 
Wictor kini hidup..


...


...


...


...


 ...sebagai..






...



...pondan.





...

Cast n Crew