Wednesday, October 26, 2011

Peperangan di Malaysia

Malam tadi aku balik dari rumah ma poek ila nana (empat nama berbeza), baru turun kereta, bamm! baammm!! aku terkejut dengar letusan bom bom kat belakang aku..aku cuba mengelak dari terkena percikan itu..tapi rupa-rupanya, oh bunga api deepavali. jadi terimalah serangkap pantun.

Ayah aku nama hambali,
Selamat hari deepavali.

Bukan ni aku nak cerita..aku nak cerita suatu kisah malam yang hening pada tahun 2003.

Suatu malam yang hening, tepat jam 12 malam, Faisal yang baru nak terlelap mendengar bunyi letupan dari jarak jauh. baamm! baaammm!! meletus letus letupan itu..arghh! amerika dah serang! faisal panik. dia buka tingkap. dari tingkap flatnya di shah alam, dia melihat ke arah klang..terbakar meletup-letup. 2003, tahun yang penuh dengan peperangan. 2003, invasion of iraq. ingat? sure ingat.

Faisal mengeluh dan terjelepuk di bibir tingkap.
isterinya Liza terjaga dari tidur..dia turut sama terganggu dengan letupan kuat bertalu2 itu..melihat suaminya di tersadai di tepi tingkap. dia menegur.."bunyi apa bang?"

faisal hanya menjawab lesu.."dah perang.."

serta merta Liza terus menangis memeluk anaknya Mubasyir, 6 bulan yang sedang nyenyak tidur. menangis meritih "Mubasyir baru nak hidup..ahaa ahaa ahaaa.."

Faisal datang ke katil memeluk isterinya..tangisan bergema bagaikan tiada harapan lagi kehidupan ketika itu..

tiba-tiba Faisal tersedar.
Esok merdeka?! tu meletup-meletup, fireworks merdeka kat klang?!
walaupun Faisal sudah tersedar dari kebodohan, faisal meneruskan lakonannya..

tiba-tiba,
"gedek gedek gedek ikk gedeik ikk gedek ikk yik yik"
bunyi kenderaan luar biasa di bawah flat..kuat bunyinya..faisal bingkas bangun melihat ke bawah..
ek enen..laa van putih pakcik goreng pisang tu pancit..senget-senget van tu sebab tayar dah flat..

Liza mengesat-ngesat air mata lalu bertanya "Ada apa lagi bunyi kt bawah tu bang?!"

Faisal yang bodo menjawab









...







"kereta kebal.."


...
maka meraunglah liza tidak tertahan lagi..
hahahahahaha

Pengajaran: Jangan percayakan sangat pasangan anda.

Friday, October 14, 2011

Tutorial Tanggal Spender

Disclaimer: The content of this entry contains adult material. You must be 18 years of age to view it.

Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk menjadi seorang pengguna-spender-pemalas yang hebat!

"Saya kacak..


..saya berkerjaya..

tapi saya malas tanggal spender."

Perkara ini benar-benar berlaku. Kadang-kala, baru nak terlelap, baru perasan - belum tanggal spender. Bagi pengguna boxer, tarahal la..lu tanggal seluar, lu tido. Bagi yang ber-spender ni lain pula ceritanya. Kalau kau tanggal seluar, tinggalkan spender dan terus tidur, member kau akan benci kau.

Masalah ini berlarutan bila kau baru nak bogel, ko perasan ada member tengah jeling mata kecil macam ni.


kau takkan teruskan pembogelan.

Towel kau pulak kat railing luar. Nak keluar, kau cuak sebab semalam ade orang terjun bangunan mati putus kepala. Kau tak boleh bogel sebab ada member belum tido, kau takut nak ambil towel. Pilihan seterusnya, kena pergi toilet. Tapi toilet pulak ade orang cirit dah lame tak keluar..mungkin pengsan dalam tu..

Jadi disini inginlah saya berkongsi kehebatan saya yang telah saya pertontonkan pada rakan2 terdekat di utp dan di rumah sewa semasa intern ni. Bukan nak belagak tapi diorang memang impress dengan kehebatan ini dan masing2 sedang masih mencuba memasterkan teknik ini..


Now the first step

Berdiri tegak ke-arah mana2 yang anda suka.


Thigh hitam itu tipu. saya tak pakai thigh kat rumah tapi nanti kalau dr shark baca dia bising. Hahaha

Londehkan kedua-dua sisi spender ke bawah paras paha anda.


Lagi londeh lagi bagus.
Pastikan cawat seluar yang anda sedang pakai dicecahi oleh spender.
Kaler merah indicate spender yang belum bebas.

Next, tarik sisi spender sebelah kiri melepasi lutut.
Kaler hijau indicate spender yang telah meloloskan diri.


Done?
Teruskan penanggalan spender melepasi betis anda.

Below is the most challenging part.
perlahan-lahan cungkik kaki anda supaya memberi kebebasan pada spender untuk melepasi jari-jari kaki anda.

Amaran: Jangan push kekuatan getah spender itu
nanti spender anda jadi macam iklan kurus - sebelum dan selepas.



Anda berjaya?!

Kini anda boleh biarkan spender itu di bawah buku lali dan anda boleh buat pelbagai jenis tarian kerana selepas ini tiada lagi step yang sukar.


Seterusnya, simple. Anda hanya perlu melepasi bulu2 kaki sahaja..


Setelah itu, goyang-goyangkan pinggang supaya spender pergi ke arah kanan, di mana spender masih lagi melekat pada kaki kanan.

Biar spender jatuh atas kaki..

Swing kaki anda ke arah bakul baju busuk atau washing machine dan anda terus boleh tidur dengan bebas tanpa sangkar burung itu lagi..


Selepas beberapa kali percubaan secara berdiri, anda disyorkan untuk buat secara baring pula. Dah terel nanti, sambil makan dan bersukan pun boleh.

Sebarkan tutorial spender ini kepada kawan-kawan seperti mana anda sebarkan video tutorial hijab hana tajima dan tutorial makeup maria elena..

Selamat mencuba!
..

Saturday, October 8, 2011

Pembunuhan Bersiri: Kenapa Ayah tak Main Akuarium

1. Ini cerita semasa aku masih seorang sperma.
2. Cerita ini hanya 0.061% dari kejahatan dilah yang sebenar..
3. Ini cerita, dilah punya cerita.

...Dilah adalah satu per dua dari kakak aku.

Dilah (tertuduh) sekarang

Padan zaman dahulu, ayah suka bela ikan. Ayah mendidik ikan-ikan itu bagai menatang minyak yang penuh. Ini adelah kerana ikan-ikan yang ayah peliharan sangat sensitif pada environment akaurium..mereka akan mati kalau lebih2 makan dedak hijau merah tu. Mungkin sebab bahan kimia yang kuat.


Suatu hari, seekor ikan telah arwah sebab makan banyak. Masa jumpa ikan mati dalam akuarium tu, ayah ada cakap pada abang-abang “tengok ni, bagi lagi ikan makan banyak2, kan dah mati.”

Dilah yang jahat telah terdengar kata-kata itu. Bila ada ikan mati, abang fuad lah yang menjadi penanam bangkai ikan. Mendapati proses menanam bangkai ikan sangat menghiburkan, dilah telah bertekad untuk membunuh semua ikan dalam akuarium itu.

Suatu hari lain, ketika semua orang tak hiraukan dilah, dia telah memasukkan makanan ikan selebih rasa seperti chef tak bertauliah masukkan garam dalam bihun..ikan2 yang bodoh makan dengan lahap..

Esoknya, ikan-ikan itu mula mendapat kesan sampingan. Kajian Dilah mendapati, seekor ikan telah terkeluar matanya dari soket. Menang epic.


Eksperimen dilah berjaya! Ikan tu terseksa sebelum menghembuskan nafas terakhir keesokan harinya. Seperti yang dirancang, dilah dapat menonton upacara pengebumian mayat ikan itu.



“Takpela..sekor je mati..”

TIDAK! Pembunuhan tidak berhenti setakat itu sahaja..hari demi hari, semakin banyak ikan mati..dilah semakin cekap menamatkan riwayat ikan-ikan itu..

Kini dilah juga tidak berseorangan, dia pergi rumah aki (atuk) dan telah merekrut abang izul yang sedikit tua, untuk membunuh ikan-ikan aki dengan cara sama..semua ikan dalam akuarium yang berhampiran dengan mereka telah pupus.

Semenjak itu, ayah tidak lagi membela ikan dalam akuariuam.

“APESAL IKAN AKU MATI HARI-HARI NIII?!!”


Kesimpulan: Ayah malang, dan kemungkinan besar still taktau perkara sebenar sehingga sekarang. (after 24 years)

End.

..