Thursday, September 29, 2011

Menipu Semasa Kecil

...

Malam itu, beberapa orang kanak2 sekitar umur 3 hingga 5 tahun sedang berkumpul sambil berbual..diorang borak bisik2 je..macam tengah cerita misteri je keadaan nyer..aku dan long lepak kat kusyen belakang diorang untuk cuba menyelami apa yang sedang mereka bincangkan..

Cerita hantu satu (baca dalam gaya kanak2):

Syahmi: haritu kan..syahmi tengok cerita hantu..kat rumah sth2 (tak dengar jelas)..lepas tu takut nak balik.

End.

Erk? Just like that?! Okeyy..hmm itu cerita hantu..hahahahaha

Cerita hantu dua (baca dalam gaya kanak2):

Ryan: …saya terjaga dari tido..nampak hantuu.. masa tu dia pakai kain batik..lepas tu kan, dia boleh bertukar-tukaarrr..

End.

Demit kain batik..aku ngan long gelak nak mampus dengar cerita hantu budak2 kecik ni..langsung takde unsur2 seram..hahahaha

Lepas tu aku teringat la kisah aku darjah dua dulu..aku memang kuat gebang..tapi ade sorang lagi member aku name azizul lagi kuat gebang..

Penipuan terbesar azizul (baca dalam gaya kanak2):

Azizul: ..kalau ko nak tau, atuk aku ada bela dinesor..

Aku: ah takyah menipu la..dinesor besarr.. mane boleh belaaa..

Azizul: dia bela kat dalam kebun je..dia ikat kaki kiri dinesor tu dengan rantai besi taknak bagi lari..

Aku: dinesor tu tak serang ke?

Azizul: tak..atuk aku bagi makan ayam banyak die kenyang la..

Aku: ooooo..

Tapi aku tak bodoh sangat mase tu..aku dah separa mumaiz..dah boleh pikir sikit2..aku tau dia tipu..lepas tu aku balas tipu dia balik..

Penipuan sederhana aku (baca dalam gaya kanak2):

Aku: ayah aku ade bela orang kenit kat rumah..

Azizul: ko bagi makan ape?

Aku: dedak..orang kenit tu letak dalam sangkar burung je..

Azizul: dia tak lari ke?

Aku: taklah..dia manja..petang2 lepas la bagi dia bebas..nanti dia balik semula kat sangkar tu..

Azizul: oooo..

aku rase azizul percaya dengan tipu helah tu..mungkin dalam hati, dia berhasrat untuk membela beberapa orang orang kenit..

Korang mase kecik takde bela dinesor dalm kebun atau orang kenit yg makan dedak? jumpa hantu kain batik ke? Mesti ade kan?! hahahaha

..

Friday, September 16, 2011

Volkswagen Kuning Misteri Muncul Lagi



Selesai kencing, aku segera chow dari kawasan Rehat dan Rawat Genting Sempah itu. Hari ini (khamis 16 Sept 2011), hari aku bodoh. Pemikiran aku tiada terkawal lalu aku amek jalan salah.



Patut nyer aku amek jalan kuning cair tu ikut highway karak..tapi sebab desakan anak-anak, aku terus amek jalan pink yang bakal menjadikan cerita sungguh takut ini.


Anak-anak

Sebaik sahaja aku masuk ke jalan lama itu, buru romaku berdiri tegak..hatiku berkata “oh no. adakah ini simpang sama seperti movie KaraK yang aku tontong tempoh hari?” Dalam cerita KaraK tu, diorg ikut jalan lama sebab kat depan ade eksiden..ohh hell..aku sedang ikut jalan lama ini..sumpah jalan itu seram..


Hanya kerana jalan itu kosong, aku terus memandu seperti pemandu rally dan tak ingin berpatah balik..hatiku berkata, kalau ada apa-apa terjadi (kisah hantu), boleh aku cerita kat orang..hahaha..itu memang idealogy aku untuk buat2 berani..aku lupa, mak pernah cakap, kalau cakap besar, nanti kena.

Hutan tebal terus menemani aku..satu kereta pun aku tak berselisih..hanya anjing-anjing hitam yang sedang mengejar rubah kelihatan. Peneman lain hanyalah dinding batu di sebelah kanan dan gaung di sebelah kiri. Jalan ini epic. Risaukan keselamatan, aku drive kat tengah-tengah.

Jam menunjukkan tepat 10 pagi, pemanduanku tenang..bulu roma sudah tidak tegak seperti tadi lagi. Seronok pula, seperti jalan abah sendiri.

Namun..ku sangka cerah hingga ke petang, rupanya jumpa hantu di tengah hari..dalam keterangan cahaya tengahari itu, aku nampak...


“Volkswagen kuning?!”

Anak-anak menangis ketakutan..

Abah-abah pucat kepanikan..


“Alamak aii…takkan pagi tengahari pun lu nak kacau gua brooo..orang pergi celebrate hari Malaysia kot..”

Mataku meliar, hati yang berkecamuk, aku gagahkan jua perjalanan..

Semakin aku hampiri..kereta puaka itu semakin jelas kelihatan..radio pula tiba-tiba memainkan lagu bajumba bajumba, menambahkan lagi suasana seram.. bulu roma yang tadi tegak, sudah habis tercabut berterabur.

Kereta itu terlalu perlahan..orang kata, dia memang nak suruh kita pintas..lepas tu jatuh gaung..memang seram mati..aku merapatkan kenderaan..dan mengambil beberapa shot untuk anda, para pembaca yang budiman untuk mengenal sendiri Volkswagen kuning hantu yang femes itu.













...

Kalau korang tanya aku macam mana volkswagen boleh ade tayar spare kat belakang?

Aku cuma nak jawab
...

“jangan tegur benda pelik..”

Selepas pintas sekali..alhamdulillah, volkswagen itu tidak muncul lagi di depanku..semasa pintas kali pertama dan terakhir itu pun, hantu driver itu nampak berkepala dan siap angkat tangan lagi. Mungkin dia sedang puasa 6. Win.

...

...

Monday, September 5, 2011

Bayi Terselamat - Dihempap Kereta


KUANTAN: Seorang bayi lelaki tenang setelah dihempap oleh sebuah kereta tidak berjenama dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di KM141.7, Lebuh Raya Timur-Barat berhampiran KFC Giant Semambu dekat sini, Sabtu.

Jurucakap polis berkata kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 8 malam dan difahamkan kereta itu hilang kawalan lalu terus berguling-guling.

Jurucakap itu berkata bapa, dan ibu bayi itu serta seorang lagi anggota keluarganya bagaimanapun terselamat, namun terbogel. - BERNAMA





hehahaha slamat hari raya 2011

dan selamat merdeka jugak

...

...