tugas mereka adalah mencipta satu spesies ikan piranha yang mampu berubah secara genetik.
ini adelah sangat hebat!
kesemua experiment mereka telah berjaya!
setelah dewasa..piranha-piranha itu dilepaskan ke laut..
ikan2 piranha ni telah merebak ke banyak sungai, kolam renang dan kawasan2 resort yang ada air..
dan ini sememangnya akan mendatangkan malapetaka!!
...
Pada satu hari, satu pasangan muda yang terdiri dari Kolin dan Emmette telah merayau2 di tapak lama laman Akademi Laut Mlesia (ALAM) yang berdekatan dengan teluk segadas..kem ini telah ditinggalkan kerana menurut budak2 ALAM, kat sini ade banyak hantu.
mereka bercinta bersungguh2..
Berfikir untuk bergembira2 dalam air, Kolin dan Emmette melompat masuk ke dalam air.
mereka begitu seronok menari sambil menyanyi..
♪♫ "kita menari dalam laut, adik jadi bimbang~" ♪♫
kocakan air yang over telah memanggil piranha datang..
bontot Kolin kena gigitaann!!
belum pun sempat mengetahui apa yang sedang menyerang mereka..
pasangan ini telah dimakan hidup-hidup.
dimakan hidup-hidup.
dimakan hidup-hidup!!
...
Seorang lelaki muda ala2 seorang penyiasat bernama Encik Gage ditugaskan untuk mencari dua orang kanak2 yang hilang di pantai segadas tanpa sisa dan bukti kehilangan..
dia bertemu dengan seorang penjaga pantai yang bernama Abang Nolan..Abang Nolan ni memang tinggal kat pantai tu..
cerita Abang Nolan.."saye mmg ade dengar bunyi pempuan laki jerit2 aritu..macam kena kejar buaye..saye pun pegi la tengok2..
saya ingat nak pegi serang dengan kayu ke ape..tapi bila pegi2 dah takde pape pun..tapi yang pelik tu..air laut ni time tu macam berdarah la ye..haa gitu..
elok2 je nampak darah, saye ingat gangguan jin dan syaitan..biase la..tempat ni kan keras sikit..
Tapi..kalau pasal budak2 hilang tu datang..tak perasan la pulak.."
Akhirnya Encik Gage mencari satu lokasi kajian dan menganalisis pantai yang seram itu untuk melihat apa yang ada di dalamnya dan apa yang telah menyebabkan kehilangan kanak2 itu. gagal mencari penempatan, rumah Abang Nolan dipinjamkan..
Sedang mereka sibuk mengkaji, mereka didatangi oleh Dr Hoak – seorang warga tempatan yang berminat untuk mengkaji sama..menurutnya..dia terlibat sama dalam kes kehilangan satu pasangan yang mahu pergi main2 air itu hari..ini adelah kerana pada hari tersebut, Dr Hoak pergi ke sana membawa telefon canggih berkameranya kerana mahu merekod perbuatan2 gadis itu dan balaknya seperti video2 lubuk tupah..
dia memberitahu..
"tengah dok layan2 depa joget, saya nampak depa kena makan dengan ikann!!..saya tak sempat rekod sbb telepon saya abes bateri..saya sedih betui..kalau tak memang masuk tibi dah saya sekarang" seloroh Dr Hoak..
tambahnya lagi, makhluk pantai itu adalah produk dari percubaan gen-splicing disebut 'Operasi Razorteeth', yang direka untuk menghasilkan strain mutan ikan piranha untuk ditempatkan dalam perang semasa Perang Vietnam melawan Chealsea.Dr Hoak juga menggebang bahawa ikan ini terlalu hebat hingga boleh hidup dalam peti ais dan berkembang biak pada tahap tinggi.
Abang Nolan ajak mereka pulang kerana takut tapi Encik Gage dan Dr Hoak tak mahu..
mendapat tahu bahawa Jackson dan Thankiman adelah penjenayah yang telah melepaskan piranha, mereka telah saling berbunuh-bunuhan..
mereka bergaduh tanpa kenal erti penat lelah..semuanya untuk menegakkan keadilan..
pihak yang baik berjaya membunuh Thankiman dan Jackson.
mereka membiarkan mayat Thankiman dan Jackson di tepian pantai kerana mereka tahu mayat2 itu akan vanish sebentar lagi..
...
Keadaan laut sekarang amat menakutkan, Dr Hoak, Encik Gage dan Abang Nolan berangkat untuk cuba untuk menghentikan kematian2 lagi. Suatu hari, mereka cuba untuk pergi sekitar pulau untuk memberi amaran kepada tuan2 kem dan pemilik resort bahawa bahaya akan piranha.
mereka mulanya pergi ke Taman Tema Air Encik Kooper..Encik Kooper sepenuh hati percaya kata2 mereka dan terus menutup tamannya.
di suatu tempat lain,
Robert dan Lela yang mana adelah anggota polis bertugas telah mendapat call dari seorang pemanggil rahsia memberi tahu mereka perlu menangkap Dr Hoak dan rakannya atas dakwaan membuat huru-hara dan panik.
ketika serbuan dijalankan, Abang Nolan, Encik Gage dan Dr Hoak berada di resort Manap..
ketika Encik Gage menerangkan bahaya piranha pada Manap..mereka telah diserang anggota polis tadi bersama lagi dua anggota polis berpangkat prebet iaitu Bakom dan Saudara Romzi..
dalam kekalutan serbuan itu, Abang Nolan berjaya melarikan diri.
Beberapa hari selepas itu..berkat kecerdikan Encik Gage, dia berjaya melarikan diri dari tahanan bersama2 Dr Hoak.
Encik Gage telah pulang ke kampungnya kerana takut dan tak ingin lagi terlibat manakala Dr Hoak telah kembali ke pantai di mana terletaknya laboratory mereka dahulu.
Tapi alangkah terkejutnya Dr Hoak apabila dia tiba, dia menemui laboratory mereka telah disalah guna..
"Nolan..?!"
"Ko tak guna Nolan..!! kau tak patut buat macam ni!!"
Sedang mereka bergaduh2 mulut..tiba2..
Seekor piranha berkaki telah naik ke darat dengan sangat laju dan menerkam kaki Dr Hoak macam anjing..
"harharharr!! Mati lah engkau!! Aku lah raja duniaa sekarang!! Harharharr!!"
ketawa Dr KoraKora yang telah siap sedia memakai kasut besi.
Dr Hoak telah dimakan hidup2 di situ juga..genetik ikan itu telah diubahsuai dan ditambah dengan genetik kaki ayam ketika Encik Gage dan Dr Hoak dipenjarakan..
kerana itulah Abang Nolan atau Dr KoraKora tidak terlibat secara langsung dalam pembunuhan Jackson dan Thankiman kerana kedua2 tertuduh itu sebenarnya konco2 Abang Nolan sendiri..kerana tamak dan untuk mengelakkan dua orang tu mendapat nama setalah berjaya membuat spisis baru itu, Dr KoraKora telah membiarkan mereka terbunuh..
...
semua tragedi itu tak penting sekarang..
yang paling penting,
ikan piranha kini sedang bermaharajalela di sana..
Hanya satu cara untuk menghentikannya..
Evacuate pangkor,
Dan
nuklear
pangkor
sekarang.
...
kredit kat para pelakon yang gigih melakonkan watak2..
thanks lop, cang, faiqah, pali, botak, jijo, didit, em, rahman, waktang, sabrina, ezol, lam, puet, gari, tabung uji, kasut besi dan ikan pirana..len kali kite buat lagi okeh? ngaahahaa
...