Sunday, December 2, 2012

Separation, Parting, Farewell, Breakup..Goodbye. (Sebuah Monolog Bodoh)

Kisah ini mungkin kisah paling sedih dalam hidup aku..kisah tentang perpisahan, yang aku memang telah jangka. Tapi..aku tidak sangka ia akan memakan diriku..

Awal dahulu , sejak bulan february 2012, aku sengaja membiarkan ia membesar..terus tumbuh bagai tiada esok. kami bahagia. bila bersama, orang kata aku hensem. orang cakap aku fotogenic. member aku jeles. aku poyo gile. serius. hahaha.

Lapan bulan. lama ya. hidup kami indah bersama. tiada sesiapa yang ganggu. sehinggalah pada suatu hari, ketika itu kami di irc (library). seorang pakgad mendekatiku.."awak student?" aku senyum padanya. "ya." dia meminta kad matrikku. aku menghulurkan kad itu dengan tenang.

2 minit, pakgad itu tunduk sambil menulis sesuatu. hatiku tidak keruan lagi. jiwaku meronta-ronta. Lantas aku menjerit memanggilnya, "PAKCIKKK!! Jangannn!! Please please! Saya ada alasan!! Pakcikkkkkkkk!"

Dia kembali kepadaku.

"Saya akan saman awak, kalau awak tak report pada saya esok, dalam keadaan macam dalam matrik cards awak ini. Faham tak?"

Kami bertelagah lebih dari 10 minit. Dia ego. Dia taknak kalah. Dengan orang berkuasa ni kadang2 memang susah kita nak menang. Lantas aku membalas dengan berkata.."Pakcik, jangan saman saya membuta tuli. Bagi saya dua hari..saya datang dengan surat."

Pakgad tu membuat aku berjanji. janji yang belum pasti akan aku tunaikan.

Surat..aku kena buat surat. malam itu, aku mengarang sepucuk surat rasmi. bahasa melayuku bodoh sungguh. tapi, bodoh lagi bahasa inggerisku. aku tak peduli, asal isinya sampai, sudah. aku taknak berpisah. biarpun terlalu sibuk, aku buat juga surat itu.

Aku sms dr shark. doktoor, stamp sehelai kertas dengan cop u, and bila kita jumpa nanti, i nk kertas tu. Fucking need it.

Dr shark pass aku kertas tu. dia support aku. terima kasih, doc.

Aku nak buktikan yang aku tak bagi alasan bodoh. kadang-kadang aku menipu bila bagi alasan. tapi kali ni aku nak menang. rasa kasih aku padanya membuatkan aku rasa nak buat jahat, aku yakin aku boleh menang. aku nak malukan pakgad tu.  heheh.

Hari pertama, busy, full class 8am-3pm. Lupa terus nak stamp surat tu.  hari kedua. aku pegi  Student Support Services (JPSP) nak ambil stamp berkuasa dari JPSP.

Aku jumpa booosss paling besar. dia kenal aku. dia cakap "awak la yang suara kuat tu kan?" aku tau dia rujuk teater jebat 2 tahun lepas masa aku jadi jebat. rindu show tu.

hmm by the way, aku berjaya dapatkan stamp encik talhah. terima kasih encik.



hahaha..sehingga pementasan teater 30/11..sahaje? ok. ok..takpe.
aku kena berpisah dengan rambut aku sekarang..aku taktau macam mana nak berpisah. aku tak sanggup acik saloon tu potong dia. cincang dia. hancur..mati...decomposed jadi petroleum. (tibah).

jadi..sedikit sebanyak di sini gambar-gambar aku bersama rambut aku sepanjang lapan bulan bersama..

*audio: lagu perpisahan terasing*

perpisahan ituuu...

selalu terjadiii..

kepadaaa..insan yang tercintaa....

hmmm hmmm *kau sambung sendiri*


...


...


...


konfiden di mana-mana sahaja..



"You didnt have to cuuuttt me offff!"



errmm..k



First time dapat hidu rambut sendiri macam jeon ji hyun dalam sassy girl. 



"jika dengan mu salah, ku tak mahu yang benar!"


Isteri Teroris. Alasan nak simpan rambut panjang. 
LOL tak pakai rambut sebenar punnnn!! BER-HIJAB SAJE HOKHOKHOK



...

kawan, kau la. nanti..kalau jumpa aku rambut pendek, jangan benci aku tau. aku terpaksa merelakan perpisahan ini..goodbye rambut legend.

*lampu fade, audio fade.*


...