Sunday, July 17, 2011

Piranhaha 3: The Descendant (Meri)

23 tahun 7 hari yang lalu, seekor piranha berkaki ayam telah dicampurkan genetiknya dengan seorang professor dan makhluk itu dinamakan Aurab.
Link Piranhaha 1.
Aurab membesar dan menetap di sebuah gua sebelum menyerang sekumpulan pelajar yang sedang membuat kajian nuklear di situ. Sebelum Aurab dibunuh, ia sempat merogol seorang gadis subur bernama Saira menyebabkan Saira mengandungkan anak aurab.
Link Piranhaha Sequal: The Aurab.
Anak aurab lahir normal tanpa sakit kuning, 2.73kg dan dinamakan Meri...

...

Present day: Pulau Dogey. 328 batu nautika barat laut Labuan.

Suatu senja, seorang nelayan yang bernama Billy Hoss dan isteri, Ethel sedang bergurau di dapur sambil memotong bawang..lalalala..

tiba-tiba..

"ARRRRRRRGGGGGGGGHHHHHHHIIIIIIUUUUUUUUU!!"

mereka terdengar bunyi jeritan luar biasa dari arah bilik air di luar rumah!

Mereka pergi ke luar untuk menyiasat di mana mereka mendapati anak mereka mati tersadai di dinding kolah dengan luka yang banyak. Sungguh ngeri!

Billy dan Ethel lari cuak berpeluh2 kembali ke dalam rumah. ketika sedang berpulun2 lari, mereka melihat suatu makhluk misteri sedang berdiri tenang di belakang rumah mereka.


Makhluk itu kemudiannya lari masuk ke dalam hutan gelap, meninggalkan hanya tapak kaki yang besar sebagai bukti kewujudannya.

...

berita serangan makhluk itu telah dihebahkan di media2 Malaysia.


Namun begitu, berita tersebut tidak mendapat sebarang sambutan kerana banyak spekulasi mengatakan ia hanyalah binatang buas seperti harimau atau beruang..

...

Dua penyiasat kejadian mutasi piranha dan aurab, Encik Rumi dan Kumik tidak mengambil remeh berita misteri tersebut lalu mereka telah datang ke Pulau Dogey.


Modus operandi aurab (gigit tengkuk) dan kes-kes terbaru ini (gigit mana-mana dia suka) adalah berbeza. Walaupun laporan-laporan mangsa yang melihat makhluk itu adalah lebih kurang sama sahaja dengan description aurab, mereka masih lagi dalam ketidakpastian.

Untuk mengelakkan kekeliruan berterusan, satu experimen telah dijalankan untuk mengenalpasti makhluk itu. Encik Rumi telah mengupah 3 orang remaja jahat untuk memerangkap member yang paling dibenci untuk menjadi umpan.


Maka Sulaiman pun di ambil sebagai umpan..dia telah diarahkan oleh kawan-kawan yang jahat untuk lepak sambil hisap rokok di tepi hutan berhampiran kawasan Meri selalu dilihat..


5 minit menunggu, Meri datang menyerang dan memakan remaja malang itu.

ketika itulah Encik Rumi mengambil gambar Meri.


Sungguh bijak experiment itu. kini mereka tahu, mereka memang berdepan dengan anak Aurab iaitu Meri.

...

Flashback:

Sejak lahir lagi, Meri telah menerima genetik bapanya dan dilahirkan dengan warna biru.


Sejak lahirnya Meri, Saira mula diejek sebagai ibu kepada cookie monster. Bimbang akan keselamatan Meri apabila besar nanti, Saira telah mengambil tindakan untuk membuang Meri ke dalam laut..


Meri hanyut..


...

Atas kejayaan Encik Rumi dan 3 konco-konconya mengambil gambar Meri tempoh hari, ternyata tekaan mereke amat benar. Untuk memastikan keselamatan penduduk pulau, mereke telah mengerah penduduk-penduduk untuk keluar dr pulau itu.


Ketua kampung, Tuan Kuthir telah mendapat tahu tentang evacuation pulaunya.

Atas sebab merasakan kuasa ketua kampungnya diabaikan, dia tidak bersetuju dgn arahan Rumi dan Kumik.

"TAKBOLEEHH!!"

Dia mula menghasut penduduk pulau itu untuk mengabaikan Rumi dan Kumik. Kata Tuan Kuthir, mereka cuba untuk mengambil alih pulau ini dari penduduk pulau tersebut. Kita semua pemburu, bersenapang dan boleh melawan makhluk itu sendiri tanpa bantuan luar. Penduduk kampung bersetuju dengan Tuan Kuthir.


Kebodohan penduduk kawasan itu terserlah apabila Meri terus membunuh satu per satu.


Kadang2 dua orang mati terus pada satu hari.



Kadang2 ada tiga juga mati sama-sama.


Setiap kali selepas membunuh, Meri terus lari kembali ke dalam hutan..

Encik Rumi dan Kumik merasakan mereka kini perlu bergabung dengan orang tempatan untuk mengalahkan Meri. Jika tidak, sia-sia sahaja kedatangan mereka.

"kita kena serang sarang dia sebelum dia serang kita lagi!"

Penduduk kampung bersetuju..

Senjata dan peluru dikumpulkan..

Encik Rumi telah menyuruh Kumik untuk stay dan mempertahankan kaum isteri jika ada sesuatu yang berlaku. Para isteri sangat gembira. Tibe.


Mereka yang terdiri dari orang2 dewasa masuk ke dalam hutan untuk memerangi makhluk itu.

"Tet tenenen nen.."

"Tet tenenen nen.."

"Tet tenenen nen.."

"Tet tenenen nen.."
...

Satu pertempuran yang hebat bakal terjadi di dalam hutan tersebut. Mereka telah mengepung dari setiap penjuru hutan. Meri tidak akan terlepas. Semua ini dilakukan untuk kesejahteraan dan keamanan kampung..demi isteri tercinta dan anak tersayang.

...

...
...

Namun apabila tiba di tengah hutan, mereka gagal menemui Meri.

Tiada kelibat atau jejak ditemui.

Ketika itulah baru Encik Rumi tersedar.


Dia adalah bodoh.

Meri yang berasal dari Aurab adalah mutasi ikan piranha yang mampu hidup dalam air.


Tidak dapat menyalahkan sesiapa, mereka bergegas kembali ke pantai dekat rumah masing-masing.

Namum apa yang mereka temui adelah kematian para isteri yang ditinggalkan.


"Selama ini, selepas membunuh, Meri lari kedalam hutan. Sebenarnya itu hanya sebagai muslihat supaya lelaki dewasa masuk ke dalam hutan untuk memburunya. Target utama Meri adalah penduduk perempuan di situ. Keberangkatan mereka yang "ten nenenen nen" tadi tu adalah masa yang paling sesuai."

tapi dimana Kumik?!

alangkah sedihnya Encik Rumi apabila menemui Kumik mati dalam keadaan yang dasyat dalam mempertahankan gadis-gadis tadi..



Kucing yang ada berdekatan juga turut sedih..(random gile)


Ketika sedang bersedih, Encik Rumi kemudian mendengar bunyi suara dari arah laut.


Dia mendapati Meri sedang memerhatinya dari tengah pantai..

tetapi kali ini, Meri tidak berseorangan.

Mungkinkan Meri sedang mentertawakannya..berterima kasih kerana membawa lelaki2 dewasa bersenjata jauh dari kaum wanita..

Encik Rumi kaku.
Tidak terlindas di fikirannya mutasi tersebut mampu membiak dengan mudah.
Membiak melalui wanita yang dibunuh.
Dan dia tahu, biarpun Meri telah selesai di sini..

Meri dan anak-anaknya mungkin kembali…








di







tempat











engkau.




"aarrrr!"
...




-Special thanks: KKRUTP + KSK (Gathering) @ Segadas, Pangkor-

74 comments:

low^moo said...

pertamaxxxxx! LOL

Unknown said...

HAHAHA kenape mesti kau jugak?!! hahahahahaha

Miera Hassan said...

haha.. meri tu jantina ape?

Unknown said...

err tak pasti la..tu sukahati reader kot nak tetapkan hehahaha

Aimie Diyanna said...

sadis giler entry ni.. awk mmg hebad buat cerite :)

btw,
boleh aimie mntak tlg untuk komen entry ni x? http://imedianna.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

GA ni memerlukan komen terbanyak utk jadi pemenang. So, tlgla bantu saya :) tq sgt2

Unknown said...

hehahaha sadis ke?!
bleh3 kamingg..

low^moo said...

eh. ha'a. baru aku perasan yg 2nd episode tu pun aku gak yg 1st. hahaha.

x tau nk komen apa dah. semua kelakar. malas aku nk gigih komen detail 1 1.

Amanie Khairunnisa said...

Aaa oke aku tergamam. lepas ni aku tak berani dekat2 dengan laut dah. mana tau jumpa meri ke. Keh3x

Unknown said...

lomu: haa tau takpe..ko mmg suke nak kome laju2 hahahaha

amanie: haa tau cuak..kene gigit baru tauuu..hahaha :P

apocalypse said...

hahaha ayie ayie

Unknown said...

ye saye? hahaha :P

kadri azmi said...

slalu update la bro..cite2 segar camni mmg menarik perhatian para2 director kite skrg ni kekekke...

Unknown said...

hahhaha ye lah kau..director mane nak buat cite tak berasas camni..hahaha

Nazifa M.Zali said...

fuhh.meri piranha mutasi bergenetic manusia.hebat!

Seramm woooo~

Unknown said...

hahhahaha seram lah sgt..meri tu pemalu kot hahaha

lufkin said...

Kau tunggu je KRU ciplak idea ko nanti, hahaha!!

Unknown said...

eh aah la..diorg ade teknologi buat resakse! hahaha mampus3..nak bayar arr!! hahahaha :P

gabangaban said...

memang kau ayie giler(name ko dlm phonebook aku)

Unknown said...

alaa..bagi ar name ayie unte..hahahaha :P

cik bulan said...

waaa..yg last skali tu takut la wei..T.T..dahla baca pukul 4.33 pagi..aduyai..=.=''..nk saman..haha

Unknown said...

haha boleh buat filem nih!hihihi

ej said...

hohoho.. terbaik giler... dari aku tgk gambar je, trus aku baca entry ko seketol2.. best2...

Unknown said...

bulan: hahahaha kalau budak kecik boleh la lagi nak takut2 cmtuu..hahaha :P lagipun 433 pagi kan..dah nak siang dah pun hahha

cik tiney: hihihi tunggu kru roger2 nak rekrut ar nih hahha!

Unknown said...

ejai_ej: hehehehehe terimakasih kerana membace hihihih :D

lady-D said...

hoh...meri sungguh kejam..kesian para isteri itu..habis dikerjakan...i hate u meri!!!

habis jugak 1 mug air aku smbil baca entry ko ni nyei walaupun ngeri tgk usus2 bertaburan..

aku x pasan entry ko ni sbb aku x smpat update blog pun minggu ni..naseb bek ko ade jerit2 kat SB aku..heee

Unknown said...

d_LA: meri terpaksa buat mcm tu..mmg nature dia kan kejam..hahaha..aku jerit2 ah dah ko bukan reti nak dtg bukak sendiri..hahaha :P

yahaya said...

baik bunya edit hehe...:)

Unknown said...

hehehee struggle edit woh..punye nak bg real heheh :D

soutulmujahid.com said...

hahahaha.. siot punya cerita. suspen siot. huhu

gambar usus sapa r ko ambik? haha

Unknown said...

hahaha usus2 tu aku google je agak ngeri gak ar buat keje tuh wlpun cume usus2 lembu pun hahaha

Unknown said...

hahaha..
best, suka baca tp geli aa tgk usus2 tu.. censor bole?? kehkehkeh..

Unknown said...

hahaha ala ala ok la len kali tak buat usus melimpah2 mcm tu lagii..hahaha

Anonymous said...

ko nieyh nak buat novel or drama ke hape ?
seb bel gua dpt bace dgn pnoh kesabaran , muahaha
thumbs up la weyh ! ;D

da follow and letak dlm bloglist , hikhik

Umie Nadhirah said...

pandai wat cerita. nice2 hahahaha

Umie Nadhirah said...

pandai wat cerita. nice2 hahahaha

Unknown said...

faraa: buat muvie ar ni hahaha..tengkiu3..hikhik!

umie: thanks! heheee!

Anonymous said...

experimen mcm sial hahahaha

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

meri oh meri

best best bace ceta nie

meri sangat kejam .

:)

syafiqa said...

weh,pandai gila hg buat cita.
hahah

Unknown said...

anon: hahaha experiment tu idea last2 dah..

Unknown said...

ini belog... :hehehe meri sgt kejam same ngn ayah die..lai2 bace cite sbelum2 ni heheh

iqa: hahhaa saje2 buang mase alang2 gi lepak2 ngn mmber hehee

aimanayie said...

waaaaaaa!!!

Unknown said...

jeritan ape tu man?! hahaha

tieykah said...

Puas aku gelak sekor2 dalam opis ni

T__T

Unknown said...

uhh cover2 kantoi kang tak buat keje hahaha

mumui said...

hebat!! hehehe..

Unknown said...

thanks! hehe!

Elie Lily said...

agak ngeri bila tgk segala usus2 bagai! T_T

Unknown said...

alamak2 bukan ke-ngeri-an yg nak disampaikan..sori2 hahaa

Unknown said...

haha cool gler citer ni, tergelak nii

Unknown said...

tengkiu2 sile lah bace dulu2 nyer sbb aku rase cite awal2 piranha dlu lg best sikit ar dr yg nih..hehehehhee tibe promot lelebih hahaa

campuran said...

wow photosop ya hahahaa

Unknown said...

iya hehehe..

Ikin Nikisa said...

seronok seyh !

Unknown said...

hahaha nak belakon sekali ke? :P

Ikin Nikisa said...

xmo la .. xde bakat la .. heheh :P

Unknown said...

tak perlu bakat ahh..bukan buat serius2 masuk tv punn..hahhaa

F Hzh said...

sengal tok ek kau ni dik.
slmt berpuase la. puase, puase jugak. jangan lupe bace buku pas raye terus exam! hahah

afee ali said...

haha. opkos i remember u :)

Unknown said...

zoe: hahaa baiikkk..malas exam nak raye jee hahaa

afee: yeasss hhihihi

afee ali said...

wt la cite bru pulak :)

Unknown said...

hikhik takde idea lagi lah..haha lagipun takde kuar2 pun..dah nak exam haihhh raye2 exam plaakkk

Liza@El@KedFlop said...

mantap!! cayalah... hiburan macam nie susah nak cari, tahniah! :))

Unknown said...

ehehehe thanks! :D nanti ktorg rajin2 lagi buat benda cemni ehhh..hikhik

Hanif said...

Dahsyat ler...entri ini.....bukan senang nak buat!!!

Unknown said...

hehe usha ar entry2 yang sbelum yg ni..ni dah yg 3rd..yang 2nd tu mcm lagi best je aku rase..hehe

Ninie said...

Terbaik!!!!! Photoshop skill awk pon sgt hebat! Sy kena panggil awak tok guru photoshop arrr!!!

Unknown said...

amboih! tok guru terus! hahaha..saje2 je buang mase tu sbb minat hehehe

Mukhlisah said...

wahhh..ngeri nye pic dy mkn..erghh..byk drh..isk3..tp nice story..bukan takut..kelako..hahaha

Wanie said...

wow,nice lah...pndainye make story..cm real..hehe..

Mek Onie said...

uols memang tak ley blah tau dak,hahahaha!





p/s:i will keep in touch ur blog,bravo!

logorithm said...

Bakal pengarah filem nih! Bravo! Hahaha....


Terbaru dari Logokoko:

[U] Strawberi pelik

[U] Proton Satria Neo menyerupai binatang apa?

[U] Dijumpai mati di padang golf

haryzkhairuddin said...

dah macam citer alien je. membiak lepas 'serang' pompuan..?

Griffin said...

hebat!! hehehe..